US Dolar Kembali ‘Santai’? Sentimen Minggu Ini Jadi Tumpuan Utama Pasaran Pada Januari!

353

Mata wang global didagangkan stabil pada hari Isnin menjelang keputusan bank pusat yang akan datang di Jepun dan Eropah serta jangkaan yang berubah-ubah untuk pengurangan kadar oleh Federal Reserve Amerika Syarikat. Ini secara tidak langsung memaksa  kejatuhan dolar terhenti walaupun  dipacu oleh data pada tahun ini.

Mata wang yen Jepun adalah salah satu yang menunjukkan pergerakan yang lebih ketara, mengukuh daripada 148.80 per US dolar pada Jumaat, kepada serendah 147.74, semasa Bank of Japan (BOJ) memulakan mesyuarat dasar dua hari.

Jangkakan untuk keluar daripada kadar negatif pada mesyuarat kali ini telah berkurang selepas gempa bumi pada hari Tahun Baru di pantai barat Jepun, bersama dengan komen BOJ yang bersifat dovish.

Mata wang yen yang sensitif terhadap perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Jepun, telah terjejas teruk berbanding US dolar pada tahun ini, merundum kira-kira 5% dalam cubaan untuk merebut kembali paras puncak lima bulan pada 140.

Pedagang mendapati faktor yang mempengaruhi pergerakan yen adalah tamat tempoh yang besar bagi opsyen mata wang minggu ini. Data LSEG menunjukkan bahawa sementara kebanyakan opsyen yang tamat tempoh antara Isnin dan Khamis dengan harga antara 147.15 dan 148.10 untuk dolar-yen.

Mata wang Euro susut 0.1% pada $1.0888 dan pound mengukuh sedikit pada $1.27095. Ini menjadikan indeks dagangan US dolar pada 103.24, kekal rata pada hari itu.

US dolar telah mendapat ransangan yang paling banyak dalam pasaran mata wang, dan indeks US dolar telah meningkat kira-kira 1.8% sejak awal tahun ini, walaupun pergerakan US dolar sedikit terbatas berikutan para pelabur cuba membuat keputusan tentang bilakah Federal Reserve akan memulakan pengurangan kadar.

Data pada akhir minggu lalu menunjukkan aktiviti ekonomi Amerika Syarikat masih kekal kukuh walaupun kadar faedah pada paras tertinggi dalam beberapa dekad menyebabkan pasaran menurunkan jangkaan pengurangan kadar seawal bulan Mac.

Futures kadar faedah menunjukkan pedagang menjangkakan pengurangan kadar akan bermula pada Mei. Pulangan hasil bon jangka masa panjang  telah meningkat dengan stabil, dengan pulangan 10-tahun meningkat 30 mata asas bulan ini.

Buat pemain pasaran Eropah, data-data minggu ini akan mendapat perhatian penting, dengan mesyuarat dasar Eropah, Kanada dan Turki pada hari Khamis, musim keluaran data pendapatan dan konflik di Laut Merah yang menggugat perdagangan dan rantaian bekalan global.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat