US Dolar Masih ‘Lemau’, EUR/USD Teruskan Kenaikan Hari Kedua

135

Kebimbangan pasaran yang dinilai sedikit mereda dengan beberapa laporan berita yang muncul berkenaan krisis perbankan dilihat mengurangkan tarikan terhadap dagangan safe-haven termasuk mata wang US dolar.

US dolar pamerkan penyusutan hari kedua semalam dengan tiada perubahan pada prospek dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) yang dijangka akan menamatkan fasa pengetatan ditekan krisis yang melanda pasaran.

Penyusutan US dolar dilihat berkala, tidak terlalu agresif diselamatkan oleh terbitan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) untuk tinjauan Mac pada sesi New York semalam dengan angka yang positif meningkat.

Situasi ini telah memberi kesan peningkatan terhadap mata wang anti-USD iaitu Euro dengan jangkaan kenaikan kadar faedah akan diteruskan oleh European Central Bank (ECB).

Trader Euro akan memberi tumpuan pada bacaan inflasi Eropah di penghujung minggu dengan tumpuan terarah pada bacaan awal bagi inflasi di Jerman.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang telah meneruskan kenaikan di awal minggu, melepasi paras 1.08000 di awal sesi Asia semalam dan melanjutkan corak kenaikan itu sehingga ke penghujung sesi New York.

Paras terbaru yang dicapai adalah sekitar 1.08470 dengan isyarat bullish harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Kenaikan dijangka akan diteruskan untuk mengatasi ketinggian minggu lalu pada 1.09300 sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu menuju sasaran 1.1000.

Namun, jika corak bullish tersebut gagal dikekalkan, harga yang berubah arah membuat penurunan akan diperhatikan bagi trader melihat petunjuk bagi perubahan trend semula.

Susut di bawah paras 1.08000 semula dan turut melepasi sokongan MA50 akan menjadi isyarat awal permulaan corak penurunan harga yang akan menuju ke zon sekitar 1.07000.

Jika penurunan lebih rendah diteruskan, harga yang melepasi zon 1.07000 tersebut boleh mencecah hingga ke paras 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat