US Dolar Masih Mengalami Penyusutan, Harga Minyak Dan Emas Naik – Sesi Eropah

66

Forex

US dolar jatuh berbanding matawang utama lain dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.22% kepada 92.14 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Jumaat setakat jam 4.45 p.m

Pergerakan matawang US dolar dipengaruhi spekulasi pelabur menjelang awal tahun baru. Federal Reserve dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 3kali pada tahun 2018.

EUR/USD mencatat pengukuhan sebanyak 0.22% kepada 1.1968 setakat jam 4.45 p.m

Minyak

Harga minyak meningkat keparas tertinggi sejak pertengahan 2015 pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.55% kepada $60.19 setakat jam 4.45 p.m

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.48% kepada $66.48 setong setakat jam 4.45 p.m

Harga minyak melonjak naik didorong oleh kejatuhan pengeluaran minyak mentah US.

Harga minyak Brent didorong oleh usaha pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan Russian. Ditambah pula dengan permintaan yang kukuh daripada China.

Emas

Emas pula terus membuat kenaikan dengan kelemahan US dolar ketika ini.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.12% pada hari Jumaat kepada $1,298.80 setakat jam 4.45 p.m

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat