US Dolar Melonjak Dengan Harapan Polisi Fiskal Dan Monetari Yang Positif

66

Matawang US dollar meningkat sebanyak 0.5% pada hari ini berbanding 6 matawang utama. Hal ini berdasarkan faktor sikap optimis para pelabur terhadap reformasi cukai U.S dan ucapan Yellen yang menyokong Fed mengenai kenaikan kadar faedah.

Peratusan kenaikan kadar faedah Fed pada bulan Disember meningkat melebihi 70% berbanding bulan lepas yang hanya sekadar 20%. Peratusan ini semakin menaik rentetan daripada komentar Yellen pada awal pagi hari waktu Malaysia.

Sepertimana yang dikatakan oleh Josh Byrne, Penganalisis Strategi FX di Citibank, ”Komentar Yellen merupakan faktor yang membawa persepsi positif terhadap matawang dollar, dalam masa yang sama juga telah meningkatkan kebarangkalian terhadap kenaikan kadar faedah pada bulan Disember ini. Walaubagaimanapun kita harus berhati-hati dalam membaca pasaran dalam jangka pendek kerana faktor seperti cuti umum di China pada minggu hadapan mungkin memberi impak yang terhad”.

Selain itu, ahli lembaga Rumah Putih dan Republik akan mengumumkan pelan reformasi cukai pada malam ini. Jika ia berjaya lulus, ini akan menjadi kejayaan pertama buat Presiden Donald Trump dalam menggubal rang undang-undang sejak beliau menjadi Presiden US Januari lalu.

Pakar strategi Rabobank berkata, ”jika reformasi cukai berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi U.S pada kadar 3 peratus, maka ia akan meningkatkan nilai US dolar selepas mengalami kejatuhan sepanjang tahun ini.”

2 tahun lepas aset/bon kewangan U.S mencecah pada paras tertinggi sejak bulan Oktober 2008, hasil-bon juga meningkat pada paras tertinggi sejak suku ketiga tahun 2016.

”Peningkatan matawang dollar juga adalah disebabkan matawang Euro yang semakin melemah disebabkan keputusan pilihanraya Jerman minggu ini. Hasil keputusan itu menjadi penanda aras bahawa berakhirnya kestabilan politik di Eropah.” kata penganalisis.

Matawang Euro jatuh 0.5% pada $1.1740 pada pembukaan pasaran tadi yang merupakan nilai terendah sejak Ogos 23. Matawang Euro pula telah jatuh 2% minggu ini berbanding enam matawang utama dalam indeks euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat