US Dolar Mendapat Sedikit Kenaikan Menjelang ‘Risk-Event’ Jackson Hole

60

US dolar mendapat sedikit keuntungan pada Khamis selepas merekod kerugian pada Rabu dengan para pemain pasaran ketika ini tertumpu kepada simposium Jackson Hole.

Pemain pasaran akan cuba mendapatkan sebarang isyarat daripada ahli bank pusat utama dunia dan penganalisis ekonomi di Jackson Hole di mana ketua daripada Amerika Syarikat dan European Central Bank (ECB) akan berucap.

Matawang greenback tertekan pada sesi Rabu disebabkan komen Trump yang mengancam ‘Government Shutdown’ jika tidak mendapat dana untuk pembinaan tembok sempadan Mexico-US.

Trump sebelum ini juga memberi amaran di mana beliau berkemungkinan akan menamatkan perjanjian NAFTA (North American Free Trade Agreement) bersama Mexico dan Kanada, apabila rundingan pusingan pertama berakhir pada Ahad.

EUR/USD walaubagaimanapun pada hari ini susut 0.14% setakat pukul 6.56 petang kepada 1.1791 walaupun pasangan matawang ini merekod kenaikan yang banyak pada Rabu. Hal ini dilihat sebagai aktiviti pengambilan untung oleh pedagang menjelang peristiwa berisiko (risk-event) di Jackson Hole.

Draghi walaubagaimanapun dijangka tidak akan memberikan komen tentang polisi monetari berikutan pendirian berhati-hati ECB dalam minit mesyuarat sebelum ini.

Selepas jatuh pada Rabu, USDJPY pada Khamis turut mengukuh dengan terdapat spekulasi bahawa Janet Yellen akan memberikan panduan tentang pengetatan polisi The Fed yang termasuk pengurangan penyata imbangan dan kenaikan kadar faedah. USDJPY setakat ini telah naik 0.26%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat