US Dolar Meneruskan Pengukuhan, Harga Minyak Susut

775

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang utama dalam sesi dagangan Eropah.

Pelabur memberi tumpuan pada data pekerjaan yang akan dikeluarkan pada malam ini. Matawang US dolar mula mengukuh pada hari Rabu, selepas Fed memberi indikasi bahawa inflasi dan pertumbuhan ekonomi US akan terus meningkat.

Kadar faedah pula dikekalkan tidak berubah dengan potensi kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Mac naik ke paras 83.1%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sebanyak 0.26% kepada 88.71 setakat jam 7:58 malam.

Matawang EUR/USD menyusut iaitu sebanyak 0.16% kepada 1.2492. AUD/USD pula didagangkan susut sebanyak 0.66% kepada 0.7987. NZD/USD juga didagangkan susut kepada 0.7354 setakat jam 6.10 p.m.

Pasaran Komoditi

Harga minyak meneruskan peningkatan 3 hari berturut-turut pada hari Jumaat berikutan usaha OPEC dan non-OPEC mengurangkan pengeluaran minyak.

Harga minyak WTI susut kepada $65.70 setong dan Brent susut kepada $69.44 setong setakat jam 8 malam pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat