US Dolar Mengukuhkan Keuntungan Dalam Awal Sesi Eropah

43

Dolar US masih bergerak di sekitar paras terendah 13-bulan pada sesi Eropah menjelang laporan mesyuarat FOMC pagi Khamis.

Namun begitu, indeks US dolar menaik sebanyak 0.19% kepada 94.09 setakat jam 4.37 petang, berada di paras tertinggi minggu ini.

The Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah dan tumpuan akan diberikan kepada ulasan-ulasan berkenaan pelan yang bakal di gunakan bank pusat untuk mengetatkan polisi mereka.

Para pelabur akan mencari sebarang isyarat berkenaan tempoh masa yang akan di ambil bank pusat untuk mengurangkan penyata imbangan (Balance Sheet) mereka.

Senat US akan meneruskan perdebatan mereka dalam usaha pemansuhan Obamacare.

Matawang EURUSD ketika ini berada di sekitar 1.1620 setakat jam 4.40 petang. Penurunan matawang ini di sebabkan oleh pengukuhan mendadak US dolar pada Selasa selepas laporan data keyakinan pengguna pukul 10 malam tadi.

Matawang GBPUSD pula berada di paras 1.3013 selepas laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) suku kedua hari ini yang mencatat bacaan sejajar dengan jangkaan 0.3%.

Matawang USDJPY masih lagi begerak dalam julat yang kecil pada paras 111.89.

Matawang AUDUSD jatuh ke paras 0.7903 di sebabkan oleh data inflasi suku tahun kedua lebih rendah daripada jangkaan. Hal ini menguatkan lagi pelan Bank Pusat Australia (RBA) untuk tidak menaikkan kadar faedahnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat