US Dolar Mula Bangkit, Adakah Pasaran Khuatir Akan Keputusan Yang Bakal Diambil Oleh The Fed?

255

US dolar mengukuh pada hari Rabu alam dagangan yang lemah apabila para pelabur memberi tumpuan pada keputusan dasar dasar Rizab Persekutuan pada minggu hadapan, manakala euro didagangkan hanya di bawah paras tertinggi sembilan bulan.

Mata wang Euro didagangkan susut 0.14% lebih rendah berbanding US dolar pada paras dagangan 1.0872, jatuh daripada paras $1.093 yang dicapai pada hari Jumaat, yang merupakan yang tertinggi sejak awal Mei.

Sementara itu, US dolar susut 0.32% berbanding yen, pada 129.74 yen setiap dolar, setelah mencecah paras terendah 8 bulan pada 127.22 pada 16 Jan.

Alvin Tan, ketua strategi Asia FX di RBC Capital Markets, berkata pasaran sedikit senyap berikutan cuti Tahun Baru Lunar dan mesyuarat the Fed yang semakin hampir. “Sebahagian besar Asia masih bercuti,” kata Tan. “Kami juga berpandangan bahawa keputusan dasar the Fed akan datang tidak lama lagi membuatkan pasaran sedikit berhati-hati.”

Penurunan harga tenaga global dan kelembapan inflasi dalam ekonomi maju telah mendorong spekulasi Fed dan bank pusat lain mungkin tidak lama lagi akan berhenti menaikkan kadar faedah.

Jangkaan tersebut telah menyebabkan indeks dolar, yang melonjak di belakang kenaikan kadar Fed tahun lepas, jatuh lebih daripada 11% daripada paras tertinggi 20 tahun September pada 114.78.

Pasaran secara amnya menjangkakan the Fed akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas (bps) pada Rabu depan, turun daripada kenaikan 50 mata asas pada bulan Disember. Sebelum itu, pelabur akan meneliti angka pertumbuhan ekonomi suku keempat A.S., yang dijadualkan diterbitkan pada esok hari.

Data pada hari Selasa menunjukkan aktiviti perniagaan zon Eropah kembali menunjukkan pertumbuhan sederhana pada bulan Januari. Jangkaan kenaikan kadar selanjutnya oleh Bank Pusat Eropah juga telah menyokong pertumbuhan Euro.

Sentimen perniagaan Jerman juga dilaporkan bertambah baik pada Januari, berdasarkan data tinjauan Institut Ifo yang dikeluarkan hari ini, apabila inflasi berkurangan dan prospek kelihatan lebih cerah. Disisi yang berbeza, aktiviti perniagaan A.S. menguncup untuk bulan ketujuh berturut-turut pada Januari.

Dolar Australia pula melonjak ke paras tertinggi lebih lima bulan pada hari Rabu selepas data inflasi lebih panas daripada jangkaan, menguatkan kes untuk kenaikan kadar selanjutnya daripada Reserve Bank of Australia.

Mata wang AUD kukuh 0.33% kepada paras dagangan 0.7070 berbanding US dolar. Sementara itu, mata wang kiwi turun 0.54% kepada $0.647, selepas inflasi tahunan New Zealand adalah sebanyak 7.2% pada suku keempat berada di bawah ramalan 7.5% bank pusatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat