US Dolar Sambung Penyusutan, Minit FOMC Tumpuan Minggu Ini

288
  • USD sambung penyusutan di penutup minggu lalu
  • Minit FOMC jadi tumpuan pelabur
  • Emas pecah rekod all-time-high capai $2,440

Mengimbas kembali dagangan pada minggu lalu, mata wang US dolar yang paparkan pemulihan seketika pada Khamis gagal untuk pertahankan situasi itu apabila dilihat menyambung semula penyusutan di penghujung minggu.

Situasi pasaran masih berkisar dengan spekulasi langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Pengerusi Fed Jerome Powell pada mesyuarat tempoh hari telah menyampaikan pandangan beliau yang kekal bernada hawkish dan dipersetujui oleh ahli-ahli Fed yang lain dalam kenyataan yang berasingan.

Namun, memberi petunjuk kepada pasaran adalah data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terkini yang hadir dengan bacaan yang merosot.

Antaranya adalah data pekerjaan NFP untuk bulan April, inflasi terbaru yang sedikit menurun seperti ramalan, jualan runcit dan lain-lain.

Pada minggu ini, minit mesyuarat FOMC akan diberikan tumpuan untuk pelabur menyemak butiran lanjut untuk petunjuk dasar monetari seterusnya.

Pada sesi New York malam ini, beberapa ucapan oleh ahli Fed akan diperhatikan sama ada nada yang disampaikan masih seperti sebelum ini atau telah berubah ke arah yang lebih dovish memandangkan data-data ekonomi terbaru hadir dengan angka yang merisaukan.

Jika tiada perubahan pada situasi pasaran minggu ini, US dolar cenderung untuk kekal bergerak lemah dalam pasaran dan membuka ruang untuk mata wang utama lain terus meningkat.

Dagangan emas juga sedang memanfaatkan situasi ini dengan baik apabila pembukaan awal minggu ini menyaksikan harga emas melonjak ke paras tertinggi terbaru, mengatasi rekod tertinggi sepanjang masa yang dicapai pada April lalu.

Rekod terbaru yang dicapai pada sesi Asia pagi ini buat emas adalah pada ketinggian $2,440.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat