US Dolar Susut Semula, Ada Ruang Untuk EUR/USD Sambung Kenaikan

451

Dagangan US dolar menyusut ke paras terendah 1 minggu susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif serta harapan terbaru terhadap pelaksanaan pakej rangsangan fiskal AS membuatkan pelabur kembali yakin terhadap prospek pemulihan ekonomi.

Kenyataan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin tentang kemajuan yang baik dalam perbincangan mengenai pakej rangsangan dalam rundingan bersama Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.

Hal ini telah membuatkan pelabur kembali yakin untuk melabur ke arah pelaburan yang berpulangan tinggi dan membuatkan US dolar sebagai safe-haven kembali dilepaskan.

Di samping itu juga, pelabur juga akan berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Dapat dilihat US dolar bergerak lemah berbanding beberapa matawang utama pada sesi New York semalam.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat cuba untuk membuat penurunan namun sekadar menguji paras sokongan Movong Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sebelum kembali melonjak semula.

Pergerakan harga lebih mendatar di penghujung sesi New York dan menutup dagangan di sekitar paras 1.17200 yang dilihat sebagai paras support.

Menyambung dagangan di awal sesi Asia hari ini, harga dilihat menunjukkan kenaikan dari paras 1.17200 namun pergerakan masih perlahan.

Kenaikan dijangka akan ke paras lebih tinggi susulan jangkaan penyusutan oleh US dolar pada sesi berikutnya dengan kenaikan akan menuju zon tumpuan pada 1.18000.

Sebaliknya, jika sentimen berubah dan harga kembali turun semula di bawah paras sokongan MA50, harga bakal menjunam semula ke zon support 1.16100.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat