US Dolar Terus Menyusut, Harga Minyak Dan Emas Naik – Sesi Asia

812

Pasaran Matawang

Matawang US Dolar menyusut berbanding matawang utama yang lain dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.11% kepada 90.40 setakat jam 09.25 a.m.

Penyusutan US dolar didorong oleh isu yang sama iaitu penutupan kerajaan US. Dana kerajaan hanya bertahan sehingga 19 Januari yang bermula pada tengah malam Jumaat di Amerika Syarikat, sesetengah pentadbiran kerajaan telah mula terkesan.

Beberapa pentadbiran terpaksa ditutup dan kemungkinan terdapat beberapa penangguhan laporan data.

Menurut pakar ekonomi, isu ‘government shutdown‘ akan terus menjadi tumpuan pasaran dan selera pembelian matawang US dolar dijangka akan berkurangan sehinggalah isu ini selesai.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mengukuh pada hari Isnin dalam sesi dagangan Asia berikutan kejatuhan aktiviti penggalian minyak dan pertarungan antara askar Turkish dan Kurdish.

Harga minyak WTI naik kepada $63.37 setong dan Brent naik kepada $68.67 setong setakat jam 09.25 a.m.

Harga emas pula mencatat peningkatan kepada paras harga 1,331.70 berikutan kelemahan matawang US dolar yang didorong oelh penutupan kerajaan US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat