US Dolar Tiba-Tiba Menguat Sejak Pukul 10 Malam Tadi

37

US dolar menguat secara tiba-tiba sejak pukul 10 malam tadi  berbanding pesaing utamanya yang lain terutamanya Dolar Kanada, Euro dan Pound, walaupun minit mesyuarat The Fed dan komen oleh Mnuchin masih menyelubungi matawang ‘greenback‘ ini.

Usd/Cad menguat selepas mencecah paras terendah hari ini di 1.3051 dan kini sedang menuju ke paras harga pembukaan Jumaat. Usd/Cad telah mencatatkan kenaikan 50 pip sejak pukul 10 tadi, walaupun data ‘impak tinggi’ dari Kanada sebentar tadi menunjukkan data positif tetapi belum cukup untuk pasangan matawang ini meneruskan penurunan.

Eur/Usd pula susut dari paras tertinggi hari ini dari 1.0617 dan kini didagangkan di sekitar 1.0570. Pasangan matawang ini dilihat gagal menembusi ‘resistance‘ terdekat di sekitar 1.0620 selepas mengujinya sekitar pukul 9 malam tadi.

Aud/Usd pula melemah sejak petang tadi selepas Gabenor Bank Pusat (RBA), Philip Lowe mengatakan sasaran pertumbuhan ekonomi pada 2016 mungkin tidak dapat dicapai. Hal ini berikutan pertumbuhan negatif yang dicatatkan pada suku ketiga yang lalu.

Sebelum ini US dolar menjunam ke paras terendah dalam sesi dagangan Khamis selepas Setiausaha Perbendaharaan US (Menteri Kewangan), Steve Mnuchin gagal untuk menjelaskan lebih lanjut tentang perancangan ‘cukai fenomena’ Presiden Trump dalam temubual semalam. Matawang ‘greenback‘ juga terkesan daripada jumlah lebih tinggi dari jangkaan ‘jobless claims‘ pada minggu berakhir 17 Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat