US Dolar & Yen Melemah Pada Awal Sesi Dagangan London

624

Saham Asia merudum pada hari Isnin berikutan kebimbangan pasaran terhadap perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Bagaimanapun, matawang save heaven Yen melemah dari tahap tertinggi dan pasaran hadapan saham Wallstreet naik apabila pelabur melihat sedikit keyakinan pada hari ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain ketika ini susut 0.15%.

Presiden A.S. Donald Trump telah mencetuskan perang perdagangan dan mengenakan tariff terhadap barangan China menyebabkan tindak balas dari negara China.

Amerika Syarikat juga bersetuju untuk mengecualikan Korea Selatan daripada tariff keluli dan aluminium.

“Sekiranya kita mula mendengar berita yang lebih baik dari pentadbiran A.S dan China dalam beberapa sesi dagangan akan datang, mungkin kita akan dapat melihat reversal yang kuat selepas itu,” kata Nick Twidale, ketua pegawai operasi di Rakuten Securities Australia.

Nikkei Jepun memulakan dagangan lebih rendah tetapi ditutup positif sebanyak 0.72% pada Isnin.

“Protectionism oleh A.S. tetap menjadi sumber turun naik dan risiko penurunan pasaran saham,” kata penganalisis di JPMorgan.

Ketika ekonomi global yang tidak menentu, para pelabur beralih kepada matawang Yen, secara tradisinya sebagai save heaven kerana lebihan akaun semasa negara dan juga jumlah dana pelaburan asing yang besar di luar negara.

Matawang Yen dilihat mengalami kelemahan ketika ini setakat pada pukul 4.57 petang. Yen dilihat melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain sekaligus menunjukkan kepada pasaran terdapat sedikit keredaan dalam sentimen perang perdagangan. Namun, jika dilihat kepada pasaran saham Asia secara keseluruhan, indeks saham masih lagi mengalami penurunan terutama di Asia Tenggara.

Pair AUD/USD naik sebanyak 0.48% dan NZD/USD naik 0.72% peratus setakat pada pukul 5 petang.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat