US Dollar didagang dengan tenang pada permulaan minggu ini selepas data NFP dikatakan telah menekan kadar hasil Perbendaharaan AS ke peringkat yang lebih tinggi.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar dinilai lebih kukuh pada paras 102.26.
Dalam masa yang sama, matawang Greenback, telah berlegar ke paras 117.07 Yen setelah pulih dari kejatuhan pada hari Jumaat.
Data yang bercampur-campur daripada data pekerjaan sebelum ini telah meningkatkan tekanan terhadap data inflasi dan kenaikan kadar faedah.
Hasil Perbendaharaan AS bagi tempoh masa 10 tahun telah meningkat daripada 2.33 peratus kepada 2.42 peratus.
Dalam masa yang sama, beberapa dealer di Asia juga masih meletakkan tumpuan terhadap kenaikan mendadak terhadap matawang Yuan yang dikatakan boleh mempengaruhi matawang US Dollar.