US Dollar Dijangka Lumpuh Jika Trump Menang? Baca Segera Analisis Penting Ini!

91

US Dollar terjun kepada paras yang paling lemah sejak 2013 berbanding matawang yen sejak ura-ura yang mengatakan Donald Trump bakal memenangi kerusi Presiden dalam pilihanraya nanti.

trump-vs-clinton
Sumber : Bloomberg

Menurut 10 orang penganalisis Bloomberg, dalam hanya jangka masa 24 jam US Dollar mula merosot berbanding yen malah boleh menjadi lebih rendah jika Trump dipilih menjadi Presiden Baru AS.

Sejurus selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengumumkan bahawa e-mel Clinton tiada sebarang unsur jenayah, US Dollar kembali bangkit sebanyak 0.8% berbanding yen pada Isnin.

Kaji selidik penganalisis matawang utama menunjukkan bahawa walaupun pasaran global bakal mempunyai perubahan mendadak pada Selasa (sewaktu pilihanraya), kesan turun naik pasaran matawang itu telah mula dirasai sejak minggu lalu.

Trump yang telah berjanji untuk ‘merobek’ perjanjian perdagangan AS sebelum ini juga kurang disenangi pelabur dan dikatakan kurang memberi saingan terhadap kemenangan calon Demokrat dalam undian nanti.

Pun begitu, jika Trump menang, situasi itu akan sekali gus mencetuskan situasi panik dalam kalangan pelabur. Mereka berkemungkinan akan menjual Dollar secara besar-besaran dan beralih kepada matawang safe-heaven.

Selain itu, Bloomberg juga telah meminta 10 penganalisis yang paling tepat untuk menjangkakan hala tuju US Dollar berbanding Yen dan Euro dalam masa 24 jam dan 7 hari selepas proses undian pilihanraya. Antara 10, hanya Well Fargo enggan memberikan ulasan mengenai hala tuju tersebut.

Sumber : Bloomberg
Sumber : Bloomberg

Menurut anggaran purata 9 penganalisis, mereka menjangkakan bahawa kemenangan Trump akan melemahkan US Dollar, dan sebaliknya jika Clinton menang.

Kata David Kohl dari Julius Baer Group Ltd, ketua penyelidikan pertukaran wang asing di Frankfurt, kemenangan Hillary Clinton akan mengalihkan tumpuan pelabur kepada keadaan ekonomi dan dasar kewangan, dan lebih tepat lagi kepada isu perubahan kadar oleh Fed dalam mesyuarat 13 hingga 14 Disember nanti.

Menurut beliau yang menduduki ranking teratas jangkaan, kemenangan Clinton tidak akan membawa banyak kesan jangka pendek. Hal ini kerana kemenangan Clinton tidak akan mencetuskan banyak isu politik sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada dasar kewangan AS bagi jangka panjang.

Sejak Clinton bebas dari sebarang tuduhan jenayah, saingan undian menjadi semakin sengit dan pasaran dalam mode berhati-hati!

Ini Penyebab Gap Besar Dalam Pasaran Matawang Pagi Tadi!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat