US Dollar Menarik Nafas Lega Dalam Dagangan Sesi Asia Pagi Ini

73

US Dollar kembali didagang stabil dalam perdagangan sesi Asia pada Khamis, meningkat sederhana daripada paras terendah minggu ini menjelang pusingan pertama pilihanraya presiden di Perancis hujung minggu lalu.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 99.781.

Euro pula tidak banyak berubah dalam sesi ini menjelang sesi pengundian hujung minggu ini.

Berjuta-juta pengundi di Perancis dikatakan masih resah menanti sebarang keputusan yang bakal mengejutkan negara terbabit serta berpotensi menyebabkan kegawatan dalam pasaran.

US Dollar mula menarik diri daripada tahap terendah dalam tempoh lima bulan yang dicapai pada Isnin dan mula dinilai lebih tinggi daripada Yen kepada 108.84.

Menurut Bill Northey, Ketua Pegawai Pelaburan di kumpulan pelanggan swasta di salah sebuah bank di Helena, Montana mengatakan bahawa pasaran melihatkan pembalikan trend dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Beige Book, ekonomi sedang berkembang pada kadar sederhana di antara pertengahan Februari dan akhir Mac, namun, tekanan inflasi kekal di dalam semakan.

Sebelum ini, Fed menaikkan kadar faedah penanda aras pada bulan Mac untuk kali kedua dalam tempoh tiga bulan. Namun begitu, kelemahan data pekerjaan, perbelanjaan pengguna dan inflasi serta ketegangan geopolitik di Syria dan Korea Utara telah mendorong pelabur untuk mengurangkan jangkaan kenaikan kadar dua kali lagi pada tahun ini.

Dalam sesi ini juga, Sterling dinilai stabil pada $1,2845 selepas melonjak lebih tinggi ke tahap enam bulan selepas Theresa May mengumumkan untuk mengadakan pilihanraya lebih cepat menjelang rundingan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat