US: Jangkaan NFP Minggu Ini

1,159

[Artikel Tajaan]

Sesi Asia dan Eropah hari ini telah menyaksikan beberapa mata wang dan juga pasaran komoditi meningkat naik selepas pengeluaran data terkini “US JOLT’S”.

Laporan JOLTS bagi pengeluaran Oktober itu semalam telah ditafsirkan bahawa nisbah penawaran dan permintaan terhadap pasaran buruh negara itu dilihat telah mencapai keseimbangan apabila JOLTS dilaporkan jatuh kepada 8.73 juta sekaligus menjadikan bacaan data yang terendah telah direkodkan sejak Mac 2021.

Kesan Terhadap Polisi Monetari Kewangan Amerika

JOLTS merupakan salah satu komponen utama data bagi petunjuk bacaan data NFP dan kadar pengangguran di Amerika.

Data awal itu semalam telah memberikan petunjuk awal di mana pasaran buruh di negara itu telah mencapai keseimbangan atau ditafsirkan di dalam bahasa ekonomi sebagai “Labor Market Cooling”.

Sebagai rekod, sejak tahun 2021 di mana tahun pandemik Covid berlaku, pasaran buruh di Amerika menunjukkan ketidakseimbangan di antara nisbah peluang pekerjaan yang dibuka dan  pekerjaan yang dipenuhi.

Bagi FED petunjuk awal melalui data JOLTS ini memberikan bukti yang jelas bahawa kenaikan kadar faedah pada masa yang akan datang tidak perlu dilaksanakan.

Kami di Saracen Markets berpendapat, langkah seterusnya bagi pihak FED adalah melakukan pemotongan dan bukannya kenaikan kadar faedah yang dijangka akan bermula pada Mac tahun 2024.

Sehubungan dengan itu kami berpandangan bahawa data NFP yang bakal diumumkan pada Jumaat penghujung minggu ini adalah seperti berikut:

Tarikh Data Tempoh Jangkaan Awam Jangkaan Saracen Markets Bacaan Sebelum
8-Dec Nonfarm Payrolls November 189K 215K 150K

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat