USD Akhirnya Meletup!

2,509

US dolar akhirnya memaparkan lonjakan ketara selepas disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat yang kebanyakannya lebih kukuh daripada dijangkakan.

Jualan runcit AS meningkat 0.6% pada bulan Ogos, lebih kukuh daripada jangkaan kenaikan 0.2% susulan harga petrol yang lebih tinggi sekali gus menjejaskan data inflasi terkini.

Indeks harga pengeluar (PPI) meningkat 0.6% daripada jangkaan 0.4% pada bulan lepas, dengan kadar tahunan turut melonjak kepada 1.6% daripada 0.8% yang dicatatkan pada Julai.

Selain itu, tuntutan pengangguran turut menunjukkan pengurangan dengan hanya meningkat 220,000 daripada jangkaan 225,000 pada minggu lepas, menandakan pengukuhan berterusan dalam pasaran buruh.

Ekoran daripada data-data yang kukuh itu, US dolar terus meroket ke paras tertinggi enam bulan berbanding kebanyakan mata wang utama, melihatkan indeks dolar mengukuh pada paras 105.37 ketika sesi Asia.

Dalam pada itu, mata wang euro kecundang lebih jauh ke paras terendah enam bulan berbanding US dolar walaupun selepas Bank Pusat Eropah (ECB) menaikkan kadar faedah kepada 4.50%.

Ini kerana, mata wang itu terkesan oleh kenyataan susulan ECB bahawa langkah itu mungkin yang terakhir dalam usahanya menentang inflasi berikutan ekonomi Zon Eropah yang kini semakin bergelut.

Sementara itu, pound pula turut tergelincir ke paras terendah baharu tiga bulan pada 1.2400 berbanding greenback yang lebih kuat.

Mata wang berkaitan komoditi pula hanya memberi sedikit reaksi, melihatkan dolar Aussie dan New Zealand kekal mendatar pada sekitar harga sama, manakala dolar Kanada terus mengukuh susulan harga minyak yang lebih tinggi.

Sebentar lagi pada sesi Asia, pelabur akan diperlihatkan dengan data pengeluaran perindustrian China yang mungkin boleh memberi impak kepada mata wang tersebut, terutamanya dolar Aussie.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat