USD Alami Kerugian Mingguan Pertama Tahun 2024

399

Mengimbas dagangan pada minggu lalu, pergerakan pasaran dinilai agak bercampur dengan mata wang US dolar alami kerugian mingguan pertama untuk tahun ini.

Perubahan situasi ini menyaksikan penyusutan US dolar selepas berjaya mengekalkan corak peningkatan sehingga mencapai paras tertinggi 3 bulan pada pertengahan Februari lalu.

Pelabur kekal memantau faktor-faktor yang boleh memberi isyarat berkenaan langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk tahun ini.

Justeru, tumpuan pasaran pada minggu ini akan terarah kepada terbitan data indeks harga PCE Amerika Syarikat (AS) yang menjadi salah satu pada komponen inflasi.

Dengan isyarat penangguhan penurunan kadar faedah oleh Fed, ramalan terbaru adalah langkah tersebut berkemungkinan akan dilaksanakan bermula pada Jun.

Pegawai-pegawai Fed mengunjurkan sebanyak 3 kali pemotongan kadar 25 mata asas akan berlaku pada tahun ini setelah sebelum ini pasaran menjangkakan sebanyak 7 kali.

Ekoran jangkaan bahawa Fed tidak akan menurunkan kadar faedah pada Mac, US dolar telah memaparkan pengukuhan beransur-ansur sejak Januari bermula.

Berdasarkan data-data ekonomi yang menjadi tumpuan bank pusat, keseluruhannya masih menunjukkan ekonomi AS kekal berdaya tahan ketika dasar pelonggaran ketat yang dilaksanakan sebelum ini terus dikekalkan.

Sebarang faktor yang hadir menyatakan keperluan untuk Fed mempercepatkan penurunan kadar faedah akan beri kesan penyusutan yang drastik kepada US dolar. Jadi, pelabur perlu kekal waspada.

Untuk perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah bagi Brent dan WTI didapati alamai kejatuhan pada penutupan minggu lalu.

Namun berbeza berbanding dagangan emas yang cemerlang melonjak pada sesi terakhir minggu lalu dengan mencapai ke paras $2,040.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat