USD Bangkit Semula, Apa Yang Berlaku?

476

US dolar cuba untuk meningkat semula pada awal sesi Eropah, menyaksikan dolar Aussie terus didagangkan lebih tinggi susulan keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA).

Data perkhidmatan Amerika Syarikat yang kurang memberangsangkan pada bulan Mei telah memaksa dolar greenback untuk memadamkan sebahagian keuntungan yang diraih daripada data NFP.

Namun ketika sesi Eropah, raja mata wang itu berusaha untuk bangkit semula dengan indeks dolar diperdagangkan sedikit berubah sekitar harga 104.08.

Dolar Aussie melonjak ke paras ketinggian tiga minggu selepas RBA mengejutkan pasaran dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.10%, meleset daripada jangkaan bahawa ia akan kekal tidak berubah.

Inflasi yang masih tinggi di Australia dilihat terus menjadi kebimbangan bank pusat itu, mendorongnya untuk kekal hawkish pada mesyuarat terbarunya.

Sementara itu, tumpuan sesi Eropah hari ini melihatkan jangkaan inflasi Zon Eropah untuk 12 bulan seterusnya turun kepada 4.1% pada bulan April daripada 5.0% pada Mac.

Tinjauan yang dijalankan oleh Bank Pusat Eropah (ECB) itu memperlihatkan jangkaan bahawa tekanan harga mungkin berkurang pada bulan-bulan akan datang.

Hal ini menyebabkan mata wang euro tergelincir pada pembukaan sesi, diikuti dengan pound sterling yang turut memaparkan kemerosotan.

Di samping itu, dolar Kanada terus menguat ke paras tertinggi empat minggu berbanding US dolar menjelang mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC).

Selain itu, mata wang yen didagangkan sedikit mengukur berbanding mata wang utama lain termasuk dolar greenback.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat