USD Berehat, Lepas Ni Nak Pergi Mana?

721

USD berhenti berehat selepas mencatat pemulihan pada sesi terdahulu, dengan tumpuan pelabur kini tertumpu kepada satu lagi data pada sesi New York sebagai petunjuk kepada laporan NFP esok.

Tuntutan pengangguran Amerika Syarikat diijangka akan menunjukkan sedikit peningkatan pada minggu lalu dengan kenaikan 200,000.

Setelah beberapa siri data yang lemah dikeluarkan minggu ini, timbul kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi di AS.

Ini diperlihatkan pada kemerosotan ketara hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke paras terendah sejak September pada 3.27%.

Berbeza pula dengan US dolar yang masih menunjukkan kekuatan untuk bangkit semula. Namun, kenaikan ini dijangka hanya sementara memandangkan tiada faktor kuat yang menyokong raja mata wang itu.

Pada awal sesi Eropah, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan stabil pada 101.96 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Sementara itu, mata wang euro dan pound kekal mendatar pada sekitar paras ketinggian bulanan dengan harga cuba menyambung pengukuhan yang diraih sebelum ini.

Di Asia, dolar Aussie dan New Zealand sedikit susut, gagal memanfaatkan bacaan lebih baik daripada dijangkakan dalam data PMI perkhidmatan Caixin China yang mengukuh pada bulan Mac.

Selain itu, dolar Kanada pula didagangkan sedikit berubah pada sekitar paras tertinggi 2 bulan menjelang data pekerjaan Kanada yang akan dikeluarkan pada sesi New York akan datang.

Yen pula terus mendapat kekuatan daripada hasil bon AS yang merosot, membantunya didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat