USD Bergelut, Data Ekonomi Jadi Fokus Pasaran!

344

US dolar bergelut mencari sokongan untuk meningkat pada sesi Eropah ketika tumpuan pasaran kini beralih pula kepada terbitan data ekonomi dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Mata wang gergasi itu dilihat berhasil memadamkan beberapa kerugian yang dicatatkan susulan keputusan dasar Federal Reserve (Fed) tetapi masih berlegar pada sekitar paras terendah 7 minggu.

Pada sesi New York, pelabur akan diperlihatkan dengan keluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan serta pesanan barangan tahan lama AS.

Ini mungkin berupaya menjadi penggerak kepada dagangan dolar greenback menjelang akhir dagangan minggu ini.

Selain itu, mata wang Eropah turut menjadi tumpuan pelabur dengan terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK.

Mata wang euro didagangkan mendatar seiring dengan dagangan US dolar. Euro sebelum ini selepas gagal meneruskan kenaikan 5 hari berturut-turutnya, manakala

Dagangan pound pula sedikit berubah selepas data jualan runcit UK yang baru diterbitkan menunjukkan bacaan lebih kukuh pada bulan Februari dengan meningkat 1.2%.

Meneliti pergerakan mata wang komoditi, dolar Aussie dan New Zealand kekal didagangkan pada sekitar harga yang sama berbanding US dolar.

Dolar loonie juga mendatar dengan pelabur kini menantikan penerbitan data jualan runcit Kanada pada sesi New York akan datang.

Yen pula kekal mengukuh walaupun bacaan inflasi teras kebangsaan terkini menunjukkan penurunan kepada 3.1% tahun ke tahun pada bulan Mac, berbanding 4,2% yang dicatatkan sebelumnya.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat