USD/CAD Berlegar Di Paras Ketinggian 2 Tahun Pada Minggu Ini

122

Dolar Kanada pada dagangan minggu ini berlegar di paras terendah 2 tahun berbanding US dolar dipengaruhi oleh sentimen pasaran minyak mentah.

Harga minyak susut 1% pada Khamis ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global yang boleh mendorong kepada kemerosotan permintaan bekalan.

Selain itu, turut menambah tekanan adalah ketegangan geopolitik di Eropah dan juga kebimbangan langkah sekatan pergerakan di China yang merupakan antara pengguna terbesar minyak di dunia.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga dilihat telah membuat kenaikan pada minggu ini dan berlegar di zon ketinggian 1.3000, iaitu zon tertinggi harga sejak penghujung 2020.

Sementara dolar Kanada dibayangi oleh pasaran minyak yang merosot, US dolar masih mengekalkan pengukuhannya walaupun momentum sedikit terjejas berbanding minggu lalu.

Terdapat penurunan harga yang berlaku pada dagangan Rabu semalam, susulan reaksi yang bercampur pelabur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Namun, pengukuhan semula US dolar yang beranjak ke penghujung sesi New York telah mendorong kenaikan semula harga dari zon RBS (resistance become support) 1.29000 ke zon 1.3000.

Harga yang mengekalkan pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) akan memberi isyarat untuk pergerakan bullish pada carta USD/CAD.

Kenaikan perlahan harga dilihat pada sesi Asia pagi ini bersambung ke pembukaan sesi Eropah dengan harga kembali bergerak semula di atas paras 1.3000 dan melepasi paras MA50.

Kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk meneruskan trend bullish sebelum ini berkemungkinan ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.31000.

Namun jika harga menjunam semula, zon RBS 1.2900 sekali lagi akan menjadi tumpuan yang bakal diuji dan jika zon tersebut gagal membendung penurunan, pelabur akan bersiap sedia untuk perubahan trend harga.

Penurunan lanjut harga bakal menuju ke zon sokongan pda minggu-minggu sebelum ini sekitar 1.27300.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat