USD/CAD Dah Terjun 300 Pips, Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

514

Pada minggu lalu, pelabur telah menyaksikan lonjakan bertenaga harga yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang USD/CAD dengan lebih 400 pips kenaikan mingguan telah dicatatkan.

Namun setelah mencapai paras ketinggian pada 1.29500, harga mula susut semula dari paras rintangan tersebut dan menutup dagangan di penghujung minggu di atas paras 1.28000.

Bersambung di awal pembukaan pasaran minggu ini, harga telah kembali memaparkan penurunan ketara harga di bawah zon harga 1.28000 dengan hampir 200 pips penurunan harian sehingga ke penghujung sesi New York.

Dua faktor utama yang dilihat telah mendorong situasi pergerakan harga tersebut.

Pertama, penyusutan US dolar berikutan kebimbangan terhadap gelombang Covid-19 terbaru akan menghalang pelaksanaan langkah pengurangan pembelian aset (tapering) oleh Federal Reserve.

Kedua, sentimen positif pasaran minyak mentah yang menyokong pengukuhan semula dolar Kanada ekoran minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Unjuran permintaan bahan bakar yang meningkat semula dilihat memulihkan pasaran minyak mentah global dan dijangka akan terus memacu dolar Kanada ke paras lebih tinggi semula minggu ini.

Pada carta USD/CAD, trend bearish harga dilihat lebih jelas pada minggu ini dengan penurunan harga masih dipaparkan pada awal sesi Eropah hari ini (Selasa).

Zon harga sekitar 1.26000 dilihat akan diuji untuk terus memberi petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Harga yang kekal meneruskan penurunan bakal menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1.25400 dan 1.25000.

Namun jika kenaikan harga berlaku semula, zon 1.28000 dilihat akan menjadi rintangan penting buat harga. Gagal melepasi zon tersebut akan mendorong harga menyambung semula penurunan.

Sekiranya lonjakan harga terus berlaku melepasi rintangan tersebut, jangkaan kenaikan harga akan menguji sekali lagi paras ketinggian 1.29500 yang dicapai minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat