USD/CAD Dipacu Data Pekerjaan, Harga Terjun 120 Pips!

82

Seperti yang dinyatakan pada analisis minggu lalu, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD akan pasti rancak pada sesi New York Jumaat itu berikutan kedua-dua mata wang sedang menantikan laporan data pekerjaan negara masing-masing.

Memberi tumpuan kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS), pertambahan pekerjaan pada bulan Jun catat angka 209,000 yang merupakan peningkatan terendah sejak tempoh lebih 2 tahun.

Mata wang US dolar ketara alami penyusutan ketika reaksi awal laporan tersebut diterbitkan dan turut menyaksikan harga pada carta USD/CAD membuat terjunan drastik menuju sehingga dagangan penghujung sesi New York.

Dolar Kanada pula mendapat kelebihan ketika pertambahan pekerjaan di Kanada untuk bulan Jun adalah jauh lebih tinggi berbanding ramalan iaitu 59,000 daripada 19,800.

Namun, menjadi kebimbangan adalah kadar pengangguran Kanada meningkat dari 5.2% ke paras 5.4%.

Ini sedikit menimbulkan persoalan sama ada bank pusat Kanada (BOC) akan meneruskan kenaikan kadar faedah atau tidak pada mesyuarat yang akan berlangsung minggu ini.

BOC diramalkan untuk menaikkan lagi kadar faedah dari paras 4.75% sebelum ini kepada 5.00%.

Pada carta USD/CAD, harga yang dilihat memaparkan kenaikan minggu lalu telah pun mencapai ketinggian pada 1.33800 sebelum terjunan yang berlaku menekan harga ke bawah paras 1.33000.

Isyarat bearish dinilai pelabur setelah harga kembali bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut.

Menyambung pembukaan dagangan awal minggu ini, harga telah sedikit meningkat dari paras 1.32700 menguji kembali paras 1.33000.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi 1.33000, halangan MA50 pula bakal diuji.

Jika ditembusi, harga berkemungkinan akan mencapai semula ketinggian pada minggu lalu dengan sasaran adalah menghampiri zon 1.34000.

Namun, jika kembali menyambung terjunan seperti minggu lalu, zon sokongan harga yang berada pada 1.32000 dilihat sebagai tumpuan utama bakal untuk diuji.

Sekiranya tembus melepasi zon itu, harga boleh mencecah hingga ke sekitar 1.31000, antara zon yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung Jun lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat