USD/CAD Gagal Teruskan Siri Kenaikan Harga?

224

Dolar Kanada berisiko untuk alami penurunan lebih lanjut selepas harga minyak mentah yang menjadi eksport utama Kanada menurun selepas data inventori minyak mentah AS yang melonjak.

Peningkatan yang berbeza berbanding jangkaan penurunan itu dilihat akan mendorong permintaan yang lemah terhadap minyak mentah global.

Selepas US dolar mengukuh pada sesi New York susulan reaksi positif pelabur terhadap minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan, raja mata wang tersebut kembali bergerak lemah semula sehingga ke sesi Eropah hari ini.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga telah pamerkan kenaikan 2 hari berturut-turut dari paras sokongan 1.25000.

Melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/CAD, isyarat trend bullish itu telah mendorong harga meneruskan kenaikan sehingga ke zon resistance 1.26300 semalam.

Namun pada dagangan hari ini (Khamis), harga bergerak menurun semula sehingga awal sesi Eropah untuk menguji paras sokongan MA50 setelah harga turun di bawah paras 1.26000.

Pelabur juga berwaspada untuk dagangan dolar Kanada menjelang laporan data pekerjaan Kanada pada Jumaat yang akan menjadi tumpuan bagi bank pusat.

Sekiranya harga menyambung kenaikan semula melepasi rintangan 1.36300, harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu berkemungkinan menuju ke paras sekitar 1.26700.

Namun, jika harga kekal membuat penurunan lebih rendah, zon support 1.25000 akan kembali menjadi tumpuan harga semula.

Jika penurunan masih diteruskan, pelabur akan memberi perhatian pula reaksi harga pada paras sekitar 1.24800-1.24700 yang merupakan zon RBS (resistance become support) sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat