USD/CAD Kekal Bullish, Pasaran Resah Nantikan Data Pekerjaan Kanada & NFP AS

172

Mata wang dolar Kanada dan US dolar dijangka akan memaparkan reaksi menarik ketika laporan data pekerjaan Kanada dan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi.

US dolar sudah memungut momentum pengukuhan lebih awal setelah data pekerjaan ADP AS yang diterbitkan semalam catat angka yang kukuh, dengan pertambahan pekerjaan swasta yang terbesar sejak Februari 2022.

Ini memberi isyarat positif terhadap laporan pekerjaan NFP pada malam ini pula.

Namun, ramalan awal bagi pertambahan pekerjaan NFP untuk bulan Jun adalah lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. Sementara, kadar pengangguran dijangka sedikit menurun.

Sementara, untuk pertambahan pekerjaan di Kanada pula diramalkan kembali pulih setelah ekonomi kehilangan 17,300 pekerjaan pada Mei.

Kadar pengangguran terima ramalan yang membimbangkan untuk meningkat kepada 5.3% daripada 5.2% sebelum ini.

Carta harga pasangan mata wang USD/CAD pada Khamis semalam terus memaparkan lonjakan berterusan dengan pengukuhan US dolar termasuk ke atas dolar Kanada.

Harga yang berjaya melepasi rintangan paras 1.33000 akhirnya mencapai ketinggian terbaru pada 1.33700 ketika mengakhiri dagangan penghujung sesi New York.

Pergerakan harga kekal bergerak pada trend bearish di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD menuju penghujung minggu ini.

Harga yang perlahan di sesi Asia pada zon ketinggian dicapai semalam meneruskan lagi kenaikan di sesi Eropah untuk catatan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Jika kenaikan berjaya menyentuh paras 1.34000, itu akan menjadi rekod tertinggi harga untuk tempoh 4 minggu.

Kenaikan lebih tinggi jika tembusi 1.34000 seterusnya dilihat akan menuju zon tumpuan berikutnya yang berada pada ketinggian 1.35000.

Namun, tidak mustahil untuk harga kembali berbalik arah membuat terjunan semula selepas terkesan oleh laporan data pekerjaan yang diterbitkan.

Penurunan awal dilihat akan menguji paras 1.33000 sebelum harga selanjutnya menuju zon sokongan harga pada 1.32000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat