USD/CAD Pamer Penurunan Sepanjang Minggu, Cecah Sehingga 250 Pips!

1,238

Sentimen pasaran minyak mentah pada penghujung minggu dilihat memberikan tanda-tanda yang positif dengan kenaikan harga lebih 10% berikutan terhadap petanda awal pemulihan permintaan bahan bakar Amerika Syarikat.

Namun begitu, pelabur tetap berhati-hati berikutan harga minyak masih lagi diniagakan rendah selepas kejatuhan ketara beberapa minggu sebelum ini.

Turut menyokong pasaran minyak apabila Norway turut mengumumkan pengurangan pengeluaran bekalan minyak untuk separuh tahun kedua. Hal ini telah menyokong dagangan matawang sensitive terhadap minyak iaitu dolar Kanada.

Sepanjang minggu ini, dolar Kanada berjaya bergerak lebih kukuh berbanding US dolar ekoran penyusutan pada matawang Amerika tersebut.

Penurunan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD sejak Isnin telah mencatatkan sekitar 250 pips penurunan ke paras lebih rendah dengan pergerakan harga masih di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend kekal bearish.

Pada dagangan semalam, harga berjaya turun lebih rendah melepasi zon SBR (support become resistance) sekitar 1.3940 selepas penyusutan US dolar diteruskan memberi reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga turun menguji paras 1.3860 yang merupakan zon support harga yang diuji pada dagangan 2 minggu yang lalu.

Pelabur mula berhati-hati dengan kemungkinan pengukuhan semula US dolar dengan jangkaan sentimen pasaran bakal kembali berisiko selepas Presiden Donald Trump melancarkan kritikan terhadap China.

Jika US dolar kembali kukuh, harga pada carta USD/CAD bakal membuat kenaikan menguji zon SBR 1.3940 dan juga halangan dinamik MA50.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon tersebut akan menuju zon SBR seterusnya pada 1.4000 dan memberi isyarat awal perubahan trend harga.

Namun jika harga terus menyambung penurunan, harga yang berjaya tembusi support 1.3860 bakal mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Destinasi penurunan lebih rendah berkemungkinan mencecah paras RBS (resistance become support) pada 1.3730.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat