USD/CAD Tersangkut Pada $1.3600, Keputusan Mesyuarat BOC Jadi Penentu Arah!

113

Dolar Kanada bakal berisiko didagangkan pada hari ini (Rabu) dengan tumpuan pasaran pada sesi New York malam nanti akan juga terarah kepada keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Kanada.

Seperti bank pusat yang lain, Bank of Canada (BOC) turut dijangkakan akan masih mengekalkan kadar faedah tidak berubah seperti sebelum ini di paras 5.00%.

Ucapan susulan bank pusat untuk isyarat hala tuju dasar monetari mereka akan memacu arah pergerakan mata wang Loonie menuju dagangan penghujung minggu.

Justeru, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD akan diperhatikan.

Jika diteliti, pergerakan harga sudah menunjukkan corak yang menarik sejak dagangan minggu lalu lagi.

Ini kerana cubaan kenaikan harga dilihat terkandas di paras rintangan 1.36000 yang masih berjaya menghalang harga untuk naik ke paras lebih tinggi.

Situasi minggu lalu berterusan sehingga minggu ini di mana kenaikan harga semalam juga turut gagal melepasi rintangan 1.36000 itu selepas mengujinya.

Sekali lagi cubaan pada sesi Asia pagi ini turut menyaksikan harga kembali berundur turun dan berlegar di sekitar 1.35800 pada dagangan yang bersambung pada pembukaan sesi Eropah petang ini.

Namun, pelabur masih meletakkan jangkaan untuk kenaikan harga berikutan pergerakan harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) jika diperhatikan pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta USD/CAD tersebut.

Jika kenaikan harga selepas ini berjaya tembusi rintangan 1.36000 itu, lonjakan lebih tinggi akan dijangkakan untuk mencapai paras tumpuan berikutnya pada 1.37000.

Namun jika tidak berlaku, pelabur akan mengawasi sebarang petunjuk untuk permulaan corak penurunan harga untuk berlaku.

Untuk jangkaan penurunan, harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan terhampir iaitu sekitar 1.35000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat