USD/CAD Uji Paras SBR 1.32300 Sebelum Membuat Penurunan Susulan Komen Dovish Powell

404

Matawang USD kembali didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain pada sesi pasaran New York semalam. Kejatuhan pada nilai USD adalah berikutan terkesan daripada kenyataan oleh Pengerusi FED, Jerome Powell yang mengulangi semula bahawa bank pusat akan bersabar untuk langkah kenaikan kadar setelah melihat kepada faktor pertumbuhan ekonomi yang dijangka bergerak perlahan pada tahun ini.

Di samping itu juga, seperti matawang Yen, USD yang turut merupakan matawang berstatus safe-haven juga akan dipengaruhi oleh faktor sentimen pasaran semasa di mana pada masa ini akan memberi tumpuan kepada perkembangan rundingan dagang di antara Amerika Syarikat dan China.

Manakala matawang dolar CAD berjaya mengambil peluang untuk mengukuh semula dagangan berbanding USD setelah kejatuhan nilai USD dalam pasaran semalam.

CAD sebelum ini didagangkan lemah berikutan kemerosotan pada pasaran minyak mentah dan mendorong penurunan nilai pada matawang komoditi tersebut.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD semalam, harga membuat kenaikan sejak awal sesi dagangan Asia bersambung ke sesi pasaran Eropah menuju ke paras SBR (support become resistance) pada 1.32300.

Namun, harga yang menguji paras tersebut seketika kemudiannya membuat terjunan ke paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam susulan kenyataan dovish oleh Powell.

Penurunan tersebut mencatatkan sekitar 80 pips pergerakan harga sebelum dagangan sesi New York ditutup.

Lihat paras tumpuan yang digariskan pada chart USD/CAD di bawah dan perhatikan juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line hari ini untuk rujukan analisis teknikal anda.

Paras support: 1.3136, 1.3105, 1.3055.

Paras resistance: 1.3217, 1.3266, 1.3297.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat