USD Dah Berhenti Turun?

672

Dolar Amerika kekal terperangkap pada sekitar paras terendah dua bulannya berbanding pesaing utamanya pada sesi Eropah.

Ini diperlihatkan pada pergerakan indeks dolar yang terus berlegar pada sekitar harga 101.80 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pelabur kini memberi tumpuan kepada terbitan data inflasi pengguna Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada hari Rabu.

Sementara menantikan penerbitan data tersebut, US dolar kini bergerak berdasarkan data pekerjaan NFP yang mengecewakan bulan lalu.

Menjejaki pergerakan mata wang utama, euro diniagakan sedikit susut dari puncak tertinggi dua bulannya pada sekitar harga 1.1000 berbanding dolar greenback.

Bacaan akhir inflasi Jerman menunjukkan harga pengguna meningkat 6.8% pada bulan Jun, menepati jangkaan awal dan pasaran.

Pound pula kekal didagangkan pada paras tertinggi 15 bulan selepas diperlihatkan oleh data pekerjaan UK yang menunjukkan pertumbuhan gaji kekal tinggi pada bulan Mei.

Dalam pada itu, mata wang yen dipacu lebih tinggi ke paras terkuat tiga minggu berbanding dolar greenback menyusuli hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang terus menurun ke tahap 3.95%.

Di sisi lain, dolar New Zealand kembali meluncur turun dari paras tertinggi tiga minggunya pada 0.6185, dengan tumpuan pelabur terarah kepada mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada pagi esok.

Turut menjadi tumpuan adalah dolar Aussie yang kini diperdagangkan pada sekitar harga 0.6669 berbanding US dolar, di mana Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) Philip Lowe akan berucap pada sesi Asia esok.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat