USD Dah Naik Tu, Ada Apa-Apa Ke?

756

Memasuki sesi Eropah, US dolar kembali meraih sokongan untuk didagangkan meningkat ketika data ekonomi China yang memberangsangkan gagal mengangkat sentimen terhadap matawang berisiko.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan menguat pada 96.24 dengan peningkatan 0.2%.

Ekonomi China berkembang sebanyak 3.2% pada suku kedua setelah mengalami penguncupan 6.8% pada suku sebelumnya, dan melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat 2.5%.

Bagaimanapun, kejatuhan dalam jualan runcit China yang lebih rendah daripada diunjurkan, menunjukkan pemulihan dalam aktiviti ekonomi negara itu masih di tahap yang lemah.

Dolar Aussie menyusut lebih 0.3% berbanding US dolar susulan penerbitan data itu.

Matawang itu sebelum ini telah menerima tekanan daripada data pekerjaan Australia yang menunjukkan peningkatan paling tinggi sejak tahun 1998 dalam kadar pengangguran pada bulan Jun.

Malah, kenyataan membimbangkan oleh Perdana Menteri Scott Morrison telah menambahkan lagi tekanan terhadap matawang itu.

Mengikuti perkembangan di Eropah, matawang euro diniagakan menyusut berbanding USD menjelang keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang menjadi tumpuan utama pasaran buat masa ini.

Sementara itu, dagangan pound gagal memanfaatkan data pekerjaan yang menunjukkan pengurangan dalam kadar pengangguran UK kepada 3.9% dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada Mei.

Dalam pada itu, setelah meraih pengukuhan susulan keputusan Bank of Canada (BOC), dagangan dolar Kanada kembali mempamerkan penyusutan berbanding US dolar pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat