Aduh! PM Australia Pulak Komen Macam Tu, Habislah AUD

741

Sesi Asia hari ini menyaksikan satu lagi siri data ekonomi dari Australia yang mengecewakan harapan pasaran untuk melihat pemulihan ekonomi setelah terkesan oleh krisis pandemik Covid-19.

Kadar pengangguran Australia melonjak ke paras paling tinggi sejak November 1998 walaupun jumlah pekerjaan meningkat jauh lebih banyak daripada dijangkakan pada bulan Jun dengan peningkatan sebanyak 210,800 pekerjaan.

Angka terbaru yang diterbitkan Biro Statistik Australia menunjukkan kadar pengangguran pada bulan Jun meningkat kepada 7.4% daripada 7.1% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Susulan daripada data yang mengecewakan itu dolar Aussie mula mencatatkan penyusutan berbanding US dolar meskipun data pertumbuhan ekonomi China menunjukkan pengembangan yang melebihi jangkaan.

Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila Perdana Menteri, Scott Morrison memberi amaran mengenai kadar pengangguran mungkin akan menjadi lebih buruk pada bulan Julai.

Beliau menjangkakan bahawa pengenaan semula sekatan di negeri Victoria sejak minggu lepas akan mempengaruhi data pekerjaan pada bulan ini.

Victoria, negeri kedua yang mempunyai populasi terbesar di Australia telah mengenakan sekatan di seluruh bandar Melbourne selama 6 minggu yang dijangka akan memberi kesan kepada lebih 5 juta orang penduduk.

Malah, menurut Perbendaharaan, sekatan ini telah menimbulkan risiko yang serius untuk pemulihan ekonomi dan boleh menelan belanja negara sehingga $1 bilion seminggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat