USD Gagal Bergerak Lebih Jauh, Fokus Pelabur Pada Data Utama!

356

Dagangan US dolar kembali terbatas pada hari Rabu dengan pasaran kini memberi tumpuan kepada penerbitan data-data ekonomi utama yang lain.

Terdahulu, raja mata wang itu memaparkan pengukuhan pada sesi Eropah tetapi gagal bergerak lebih tinggi apabila pasaran melangkah masuk ke sesi New York.

Sesi Asia hari ini memperlihatkan indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan susut pada sekitar harga 104.04.

Pelabur kini dilihat lebih berwaspada menantikan penerbitan data inflasi Amerika Syarikat dan mesyuarat polisi FOMC pada minggu hadapan.

Menjadi tumpuan utama pasaran pada sesi Asia adalah data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Australia yang berkembang pada kadar lebih perlahan daripada dijangkakan pada suku pertama 2023.

Ekonomi Australia hanya berkembang 0.2% pada suku pertama berbanding jangkaan untuk pertumbuhan sebanyak 0.3%, mereda daripada pengembangan 0.6% yang disemak semula pada suku keempat 2022.

Dolar Aussie bagaimanapun tidak memaparkan pergerakan ketara sebagai reaksi awal kepada data tersebut, dengan masih didagangkan lebih tinggi selepas bank pusat Australia menaikkan kadar faedah pada hari Selasa.

Sementara itu, mata wang euro sedikit meningkat selepas susut rendah pada sesi Eropah sebelum ini, terkesan oleh data jualan runcit Zon Eropah dan pesanan kilang Jerman yang di bawah jangkaan.

Mata wang pound pula turut mempamerkan pergerakan harga yang sama dengan berlegar pada sekitar harga 1.2428 berbanding greenback pada sesi Asia.

Selain itu, dolar Kanada terus didagangkan lebih kukuh menjelang keputusan mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) pada sesi New York akan datang.

Walaupun BOC dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, tetapi pelabur tetap berwaspada terhadap sebarang langkah yang mungkin dilaksanakan bank pusat itu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat