USD Hilang Arah Di Awal Minggu, Tumpuan Pasaran Beralih Pada Mesyuarat Bank Pusat

336

US dolar didagangkan suram pada pembukaan awal minggu semalam dengan arah pergerakan yang kurang jelas dipamerkan ketika pelabur masih dalam mod berjaga-jaga.

Indeks dolar (DXY) bergerak mendatar di sekitar paras 103.300 mata sementara hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) menurun dari paras 4.195% ke sekitar 4.10%.

Menantikan petunjuk bagi pergerakan US dolar, pelabur bakal memerhati data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku terakhir 2023 yang akan diterbitkan pada Khamis nanti.

Ketika ini, tumpuan dilihat akan terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Jepun (BOJ) hari ini (Selasa) sebelum menyusul keputsan mesyuarat Bank of Canada (BOC) pada Rabu dan European Central Bank (ECB) pada Khamis.

Ketiga-tiga bank pusat dijangka akan mengekalkan kadar faedah masing-masing tidak berubah seperti di paras sebelumnya.

Pasaran berkemungkinan menilai keputusan mesyuarat bank-bank pusat tersebut sebelum menuju mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Mata wang Euro kekal suram didagangkan berbanding US dolar ketika pelabur berwaspada menantikan mesyuarat polisi ECB minggu ini.

Namun Pound dilihat berjaya mengekalkan prestasi positifnya di awal minggu ini dengan kekal berada di atas paras $1.2700.

Mata wang Asia diperhatikan suram dengan dolar Australia berlegar di paras terendah 1 bulan dan New Zealand jatuh ke paras terendah terbaru sejak November.

Yen mendatar sepanjang hari semalam ketika pelabur menantikan isyarat berkenaan dasar monetari bank pusat pada mesyuarat hari ini.

Perkembangan pasaran komoditi pula agak bercampur dengan pemulihan positif harga minyak mentah dipaparkan oleh kedua-dua penanda aras WTI dan Brent semalam.

Manakala, harga emas pula mendatar di bawah zon $2,030 dengan risiko untuk kejatuhan harga yang boleh mencecah kembali ke paras $2,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat