USD/JPY Gah Terbang, Capai Paras Paling Tinggi Sejak November 2022!

173

Corak bullish pada carta pasangan mata wang USD/JPY berterusan sehingga dagangan menuju penghujung minggu ini.

Kenaikan diteruskan dengan harga kekal memburu catatan tertinggi tahun ini dan harga telah mencapai paras tertinggi sejak November lalu.

Sementara mata wang Yen kekal didagangkan lemah dalam pasaran, US dolar masih berjaya mengekalkan pengukuhannya dalam suasana tak menentu pasaran yang dibelenggu isu siling hutang Amerika Syarikat (AS) yang berlarutan.

Tambahan, data-data ekonomi AS masih menyokong pengukuhan bagi US dolar seperti data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diterbitkan di sesi New York semalam.

Jika diperhatikan, harga telah mencapai paras ketinggian 140.200 di penghujung sesi New York sebelum ini setelah berjaya melepasi rintangan 139.300.

Pergerakan harga yang kekal meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY itu belum memberi tanda-tanda untuk trend berubah.

Justeru, harga terus dijangka akan menyambung corak kenaikan tersebut lebih tinggi di penghujung minggu ini.

Jika berjaya mengatasi ketinggian dicapai sebelum ini, harga bakal meneruskan pendakian ke zon sasaran seterusnya pada sekitar 142.00 pula.

Namun sekiranya harga mula membuat penurunan di bawah paras 139.300 dan menembusi sokongan MA50, ini akan menjadi petanda awal untuk perubahan trend buat harga.

Penurunan akan dijangka menuju ke zon 137.00 yang akan menjadi zon sokongan terbaru buat harga yang sebelum ini turut mendapat reaksi pada dagangan minggu lalu.

Untuk kejatuhan lebih rendah, zon 135.00 dan support 133.500 diperhatikan sebagai zon-zon tumpuan yang akan dituju harga.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat