USD/JPY Masih Gagal Tembusi Paras Resistance Minggu Lalu

216

Matawang safe-haven Yen bergerak perlahan pada hari ini susulan keputusan mesyuarat bank pusat Jepun diumumkan pada sesi Asia pagi tadi.

Bank of Japan (BOJ) pada mesyuarat dasar monetari edisi Disember telah mengekalkan kadar faedah di paras rendah pada -0.10% seperti sebelum ini dan telah dijangkakan oleh pasaran.

Hasil pulangan bon 10-tahun kerajaan juga turut dikekalkan di paras 0.00%.

Selain faktor fundamental, dagangan Yen turut bakal memberi reaksi terhadap sentimen pasaran dengan pelabur masih menantikan berita-berita terbaru khususnya isu perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Penganalisis pasaran melihat permintaan terhadap Yen bakal meningkat jika Donald Trump benar-benar dipecat jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Diperhatikan pada carta harga pasangan matawang USD/JPY, harga bergerak dalam julat sekitar 30 pips sepanjang minggu ini dengan kewaspadaan pelabur menantikan isyarat sentimen pasaran yang lebih jelas.

Harga dilihat bergerak di atas garisan Moving Average 50 (MA50) sepanjang sesi Asia hari ini dan masih gagal melepasi kenaikan di paras resistance 109.700 yang diuji sejak minggu lalu.

Paras ketinggian tersebut dicapai pada lonjakan harga minggu lalu susulan laporan perjanjian perdagangan AS-China yang telah mencapai kesepakatan.

Jika harga berjaya bergerak lebih tinggi melepasi ketinggian 109.700, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 bulan, iaitu tertinggi sejak Mei lalu.

Namun jika US dolar kekal didagangkan merosot, harga bakal membuat penurunan lebih rendah di bawah MA50 berkemungkinan menuju paras sekitar zon RBS (resistance become support) 109.200.

Penurunan lebih rendah akan menguji pula zon RBS seterusnya di bawah paras 109.00 yang menjadi paras tumpuan harga untuk dagangan Disember.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat