USD/JPY Mendongak Tembus ‘Zon Kritikal’ Pada 150.00!

214

Carta harga pasangan mata wang USD/JPY diberi perhatian ketika lonjakan harga telah berlaku semalam menyaksikan zon kritikal pada ¥150.00 telah ditembusi.

Cerita yang berlaku pada sesi New York semalam, data inflasi Amerika Syarikat (AS) telah diterbitkan dan ini menjadi indikator penting kepada bank pusat AS, Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetari mereka.

Bacaan data menunjukkan inflasi di AS masih lagi tinggi pada Januari dan kekal mencadangkan Fed untuk mengekalkan dasar sedia ada berbanding untuk menurunkan kadar faedah.

Justeru, ini telah memberi kesan pengukuhan yang agak ketara kepada US dolar sehingga memberi tekanan kepada mata wang utama lain di sesi New York semalam termasuk Yen.

Namun, pelabur juga sedang dalam pemerhatian terhadap Yen berikutan terdapat isyarat oleh bank pusat Jepun (BOJ) untuk memulakan langkah menaikkan kadar faedah mereka sejak sekian lama dikekalkan di paras rendah pada -0.10%.

Memerhati pergerakan USD/JPY, harga dilihat meneruskan corak kenaikannya sehingga lonjakan semalam telah menembusi zon 150.00.

Paras ketinggian terbaru dicapai di penghujung sesi New York sekitar 150.900, iaitu rekod tertinggi 13 minggu.

Namun, penyusutan perlahan harga dipaparkan pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu) ke sekitar 150.500.

Jangkaan untuk trend bullish harga yang akan diteruskan akan mensasarkan sehingga ke paras 151.900.

Itu merupakan paras tertinggi yang diuji harga pada dagangan pertengahan November tahun lalu selepas kali terakhir harga mencapai paras tersebut sejak Oktober 2022.

Untuk ramalan bagi penurunan harga pula, zon 150.00 dilihat akan mengundang reaksi harga untuk memberi petunjuk pergerakan selanjutnya.

Sekiranya harga tembus ke bawah semula, ini menjadi isyarat bearish untuk kemungkinan penurunan lebih rendah harga boleh berlaku.

Sasaran terhampir selepas melepasi zon 150.00 adalah untuk harga menuju zon berikutnya pada sekitar 149.00.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat