USD/JPY Pecut Ke Paras Tertinggi 5 Tahun!

210

Sentimen pasaran beri isyarat pemulihan dengan pergerakan bagi mata wang safe-haven pamerkan penyusutan lebih ketara pada dagangan Selasa semalam.

Yen antara mata wang dengan prestasi tercorot membenarkan US dolar untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 tahun berbanding mata wang negara Jepun itu.

Sesi New York semalam menyaksikan US dolar kehilangan momentum pengukuhan susulan terbitan data tinjauan ISM bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan angka penurunan.

Namun, walaupun US dolar sedikit lemah berbanding kebanyakan mata wang utama lain pada awal sesi New York, tetapi kekal kukuh berbanding Yen.

Tumpuan akan terarah pula kepada laporan data pekerjaan ADP NFP dan juga minit mesyuarat FOMC yang bakal mempengaruhi US dolar menjelang laporan NFP pada Jumaat.

Carta harga pasangan mata wang USD/JPY telah melonjak sehingga mencapai paras ketinggian 116.300 semalam meneruskan pergerakan trend bullish beberapa minggu sebelum ini.

Kenaikan harga akan terus dijangkakan selagi harga belum susut di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Melepasi rintangan 113.600 akan mendorong harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi pada carta USD/JPY.

Sebaliknya jika harga telah mula beri isyarat untuk membuat penurunan, paras 115.500 akan menjadi tumpuan awal zon yang bakal diuji.

Penurunan lebih rendah seterusnya akan menuju paras tumpuan pada dagangan sebelum ini sekitar 114.7400 dan zon RBS (resistance become support) 114.300.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat