USD/JPY Terbantut Di Bawah Paras 149.00, Harga Susut Semula

143

Carta harga pasangan mata wang USD/JPY dilihat tidak berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi apabila terbantut di bawah paras 149.00 di awal minggu ini.

Pergerakan ketara harga telah disaksikan pada minggu lalu susulan reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan menyokong pengukuhan US dolar.

Paras terendah dicecah pada Khamis lalu menyentuh 145.900 sebelum lonjakan pada Jumaat melepasi paras 148.00.

Pergerakan harga yang menyambung dagangan pada awal minggu ini dilihat kehilangan momentum apabila harga mendatar di bawah zon 149.00.

Arah harga bertukar pada Selasa semalam apabila corak penurunan mula dipaparkan menuju sekitar zon 148.00 semula.

Penyusutan semula US dolar semalam dilihat telah memberi ruang untuk mata wang utama lain dalam pasaran untuk pulih termasuk Yen.

Namun, Yen gagal untuk meningkat lebih tinggi susulan data perbelanjaan isi rumah dan purata gaji yang diterbitkan di sesi Asia sebentar tadi menunjukkan bacaan angka yang suram.

Justeru, penurunan harga pada carta USD/JPY tidak diteruskan sebaliknya harga bergeral perlahan di zon 148.00 sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah.

Namun, penganalisis masih melihat sebagai isyarat pergerakan bearish buat harga yang kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Jangkaan untuk penurunan harga jika diteruskan selepas ini adalah menuju sekitar 147.00 untuk pelabur memerhati reaksi yang bakal dipamerkan harga.

Sekiranya masih tembus ke bawah, penurunan bakal dilanjutkan ke paras 145.900 iaitu paras sokongan harga diuji pada minggu lalu.

Namun jika kenaikan harga berlaku semula, halangan MA50 bakal dilepasi sebelum harga sasar untuk tembusi rintangan 149.00.

Seterusnya kenaikan lebih tinggi bakal mencapai sasaran 150.00 yang menjadi zon penting turut diperhatikan bank pusat .

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat