USD Kekal Menjunam, Giliran BOE Pula Gegar Pasaran!

435

Menjejak masuk ke sesi Eropah, dagangan US dolar kekal suram pada sekitar paras terendah 7 minggu susulan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan menamatkan pengetatannya.

Dalam kenyataan Fed setelah menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas, ia menggugurkan penyataan ‘kenaikan berterusan’ dalam kadar faedah.

Sebaliknya, ia kini menjangkakan beberapa pengukuhan dasar tambahan mungkin sesuai dalam usaha memerangi inflasi.

Ekoran daripada itu, pelabur mentafsirkannya sebagai isyarat bahawa langkah pengetatan Fed mungkin hampir ke penghujungnya, di mana satu lagi kenaikan kadar dijangka akan dilaksanakan tahun ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan rendah pada 102.10 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pasaran kini mengalihkan tumpuan kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) yang diramal akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas setelah melihat peningkatan semula dalam data inflasi pada bulan Februari.

Ketika sesi Eropah, mata wang pound didagangkan mengukuh pada paras tertinggi 7 minggu berbanding greenback.

Sementara itu, dagangan euro terus mempertahankan momentum pengukuhannya untuk turut menguat di paras ketinggian 7 minggu berbanding USD.

Selepas mesyuarat BOE, data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK akan menjadi tumpuan pelabur seterusnya pada hari Jumaat.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand juga kekal memaparkan peningkatan untuk diniagakan lebih tinggi berbanding raja mata wang US dolar.

Selain itu, mata wang yen juga terus menguat di sekitar paras terkukuh 6 minggu berbanding US dolar, menyusuli penurunan hasil bon AS 10 tahun yang lebih rendah.

Mata wang swiss franc pula meningkat susulan keputusan Swiss National Bank (SNB) untuk menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas kepada 1.50%.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat