USD Kembali Bermaharajalela!

476

US dolar terus memperluaskan pengukuhannya pada sesi Eropah dengan diperdagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama.

Bacaan data pembuatan tinjauan ISM AS melangkaui jangkaan dengan mencatatkan pertumbuhan yang lebih kuat pada bulan Mei, menandakan pemulihan berterusan dalam kegiatan ekonomi di negara itu.

Susulan itu, dolar greenback kembali meraih sokongan untuk kembali pulih walaupun terdapat keraguan tambahan dari pembuat dasar Federal Reserve (Fed), Lael Brainard yang bercakap di Kelab Ekonomi New York pada Selasa.

Beliau memberitahu bahawa Fed kini semakin dekat dengan sasaran pekerjaan maksimum dan inflasi 2%. Namun, disebabkan masalah yang masih membelenggu, bank pusat perlu berpegang pada dasar monetari yang sangat longgar sehingga lebih banyak kemajuan dapat dicapai.

Euro merosot lebih rendah, gagal mempertahankan pengukuhan yang dicatatkan pada Selasa berikutan kebangkitan semula US dolar.

Sementara itu, matawang pound terus didagangkan rendah selepas jatuh dari tahap tertinggi tiga tahun yang dicapainya pada Selasa.

Terdapat kebimbangan baru yang menyelubungi UK, di mana risiko penyebaran varian virus akan menghalang negara itu keluar daripada sekatan coronavirus sepenuhnya pada 21 Jun ini.

Bagi matawang Asia pula, dolar Aussie gagal memanfaatkan bacaan data yang memberangsangkan dengan menjunam lebih jauh pada sesi Eropah. Ekonomi Australia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.8% pada suku pertama tahun ini, melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat 1.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat