USD Lemah, Tapi Emas Naik Sampai Situ Je?

323

Walaupun US dolar terus mencatatkan penyusutan lebih rendah, namun emas gagal untuk memanfaatkannya dengan mempamerkan pergerakan yang terbatas.

Sesi pasaran Asia menyaksikan logam kuning itu sedikit meningkat pada $1,655 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,660 per auns.

Harga emas malangnya gagal bergerak lebih jauh meskipun kelemahan dalam dagangan US dolar berterusan menghampiri paras terendah tiga minggu.

Ini turut disusuli oleh penurunan dalam hasil bon AS 10 tahun yang berundur lebih jauh dari puncak tertinggi 14 tahun yang dicapainya minggu lalu.

Penyusutan ini mungkin dipengaruhi oleh campur tangan Jepun ke dalam pasaran mata wang dengan pembelian mata wang yen.

Pada masa yang sama, US dolar turut terkesan dengan bacaan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang susut pada Oktober di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat terhadap inflasi dan kemungkinan kemelesetan tahun depan.

Bagaimanapun, pelabur kekal berwaspada dengan jangkaan bahawa Federal Reserve akan meneruskan kenaikan kadar faedahnya pada mesyuarat polisi minggu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat