USD Masih Longlai, EUR/USD Sambung Mendaki Hari Ke-3

184

Sepak mula pasaran di awal minggu ini masih menyaksikan sentimen yang bercampur dan lebih ke arah yang berisiko ketika pelabur terus menghadam perkembangan krisis perbankan dengan tumpuan pada isu Credit Suisse.

Credit Suisse telah dibeli oleh syarikat pesaingnya iaitu UBS dengan nilai $3.2 bilion setelah sebelumnya menolak tawaran pembelian $1 bilion.

Beberapa bank pusat utama juga termasuk Federal Reserve (Fed), European Central Bank (ECB), Swiss National Bank (SNB) dan lain-lain telah membentuk gabungan untuk langkah coordinated intervention, bertujuan untuk merancakkan aliran US dolar dalam sistem kewangan pelabur.

US dolar dilihat kekal didagangkan lemah pada Isnin semalam sementara pelabur akan menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

Mata wang Euro berjaya didagangkan meningkat berbanding US dolar disokong ucapan Presiden ECB Christine Lagarde di parlimen bahawa inflasi dilihat masih akan kekal tinggi untuk tempoh lebih panjang, mengisyaratkan pengetatan dasar akan dilakukan.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu, harga mengekalkan corak kenaikan sejak dipaparkan pada penghujung minggu lepas.

Penurunan sekejap di awal sesi Eropah menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sekitar paras 1.06400 sebelum harga melonjak dan menembusi paras tumpuan 1.07000.

Harga kemudiannya mendatar di paras ketinggian 1.07300 yang dicapai sehingga berakhir dagangan sesi New York.

Sekiranya harga masih berjaya mengekalkan corak kenaikan tersebut, harga bakal melanjutkan lagi kenaikan untuk mengatasi paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.07600 sebelum menuju pula zon 1.08000.

Jika US dolar kekal lemah, harga akan terus membuat kenaikan untuk catatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.

Namun, sebaliknya jika situasi berubah menyaksikan US dolar mengukuh menekan harga jatuh ke bawah, pelabur akan memerhati petunjuk untuk perubahan trend.

Harga yang susut di bawah paras 1.07000 akan cuba melepasi sokongan MA50 sebelum mula menjunam ke paras lebih rendah.

Sasaran awal berada pada 1.06000 sebelum harga yang meneruskan penurunan seterusnya akan menuju ke zon support utama pada 1.05000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat