USD Mendaki Lebih Tinggi Menjelang Data Jualan Runcit AS

731

Dolar greenback terus mengekalkan momentum pengukuhannya sehingga ke sesi Eropah untuk didagangkan meningkat pada 93.34 berbanding sekumpulan matawang utama.

Penerbitan data ekonomi pada malam ini dijangka akan menunjukkan pertumbuhan yang lebih perlahan dalam bacaan jualan runcit AS pada bulan Julai dengan peningkatan sebanyak 2.0% daripada 7.5% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Perunding perdagangan AS dan China akan mengadakan pertemuan pada hujung minggu ini untuk berbincang mengenai pelaksanaan perjanjian fasa 1. Beijing dikatakan akan mengemukakan isu sekatan Washington ke atas TikTok dan WeChat ketika perbincangan yang bakal diadakan melalui video konferens.

Dalam pada itu, matawang pound sterling terus didagangkan stabil setelah disokong oleh keyakinan yang meningkat terhadap rundingan perjanjian perdagangan bebas Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK.

Ketua Perunding Brexit UK, David Frost percaya bahawa kesepakatan mengenai rundingan tersebut akan dapat dicapai pada bulan depan, selain turut menyatakan matlamat utama UK adalah untuk mendapat perjanjian yang sama seperti EU dan Kanada.

Rundingan Brexit bagi pusingan seterusnya dijangka akan bersambung semula pada minggu depan, 18 Ogos.

Sementara itu, Perdana Menteri Boris Johnson telah mengarahkan pembukaan semula ekonomi di England, dengan mengatakan peningkatan kes yang mendorong kepada sekatan dikenakan telah beransur menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat