USD Mengganas, Habis Semua Matawang Terciduk!

701

Pengukuhan US dolar terus menyerlah pada dagangan sesi Asia selepas bergerak lebih tinggi secara mendadak berbanding pesaing utamanya yang disokong oleh lonjakan hasil perbendaharaan AS.

Greenback diperdagangkan lebih kuat berbanding yen dengan meningkat ke paras ketinggian satu bulan selepas hasil bon AS 10 tahun melonjak ke tahap 1.64% buat pertama kali dalam tempoh enam minggu.

Peningkatan ini didorong oleh keyakinan pelabur bahawa Federal Reserve (Fed) akan terus berada di landasan untuk menaikkan kadar faedah pada tahun 2022 seperti dijangkakan sebelum ini.

Sementara itu, hasil bon dua tahun, yang sensitif terhadap jangkaan kenaikan kadar, bersama-sama dengan hasil 5 tahun, melantun ke paras tertinggi sejak Mac 2020.

Mengikuti perkembangan mata wang Eropah, euro didagangkan suram pada sekitar harga 1.13000 berbanding USD, cuba mempertahankan kedudukannya selepas kejatuhan ketara pada sesi New York.

Dagangan pound sterling turut menyusut susulan lonjakan dolar greenback, tetapi masih mengekalkan keuntungan yang diraih daripada keputusan hawkish Bank Pusat England (BOE) yang telah menaikkan kadar faedah pada Disember untuk mengekang inflasi.

Mata wang Asia, dolar Aussie dan kiwi turut menjunam rendah disebabkan dagangan greenback yang lebih kukuh, membawa dagangan kedua-dua mata wang itu ke paras terendah satu minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat