USD Meroket Tinggi, Kalahkan Matawang Utama Lain!

633

US dolar kekal didagangkan tinggi setelah mencatat lonjakan ketara pada sesi New York selepas Pfizer mengumumkan bahawa vaksin Covid-19 yang dikembangkan bersama BioNTech adalah 90% berkesan untuk mencegah coronavirus.

Selepas pengumuman Pfizer, Dr Anthony Fauci mengatakan vaksin Moderna mungkin akan menghasilkan keputusan serupa memandangkan mereka menggunakan teknologi dan berada dalam fasa percubaan yang sama.

Susulan daripada itu, indeks Dow Jones Industrial Average melonjak lebih 800 mata manakala hasil perbendaharaan 10 tahun mencecah tahap tertinggi sejak Mac. Dolar greenback pula melonjak lebih 2% berbanding yen Jepun dan lebih 1% berbanding Swiss Franc.

Perkembangan positif mengenai vaksin turut menyokong sentimen untuk beralih ke matawang berisiko, namun berikutan lonjakan US dolar, matawang utama mencatatkan kemerosotan.

Dolar greenback telah meraih manfaat daripada kepercayaan pasaran bahawa langkah rangsangan mungkin tidak diperlukan lagi jika vaksin diberikan kepada seluruh penduduk AS.

Pengukuhan US dolar telah mendorong penyusutan matawang euro namun kekal didagangkan stabil di sekitar paras harga 1.1800.

Matawang pound mempertahankan pengukuhan di sekitar harga 1.3150 berbanding US dolar setelah Menteri Kewangan UK Rishi Sunak mengatakan terdapat kemajuan yang signifikan telah dicapai dalam rundingan Brexit selain turut disokong oleh laporan mengenai vaksin.

Berita positif mengenai Brexit telah menyokong matawang pound daripada jatuh lebih rendah disebabkan peningkatan US dolar.

Sementara itu, dolar Aussie dan dolar New Zealand turut meraih manfaat daripada perkhabaran positif mengenai vaksin namun susut sedikit berikutan lonjakan dolar greenback.

Dolar kanada pula menyusut berbanding US dolar setelah pada awalnya ia meningkat ke paras ketinggian 2 tahun susulan pengumuman Pfizer.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat