USD Sempat Mengukuh Dahulu Menjelang Data Penting A.S!

455

US dolar didagangkan mengukuh menuju keuntungan bulanan pada hari Khamis dengan data inflasi Eropah dan  data dari Amerika Syarikat bakal dikeluarkan, sementara yen didagangkan susut mula kembali mendapat momentum selepas seorang penggubal dasar memberi petanda tentang keperluan untuk keluar daripada dasar ultra-mudah.

Bitcoin menunjukkan peningkatan, melonjak melepasi $63,000 untuk keuntungan hampir 50% pada Februari. Kenaikan bulanan adalah yang terbesar sejak Disember 2020, dan rekod tertinggi di atas $69,000 berada dalam jangkauan. Terkini ia didagangkan berada pada paras  $62,486.

US dolar susut 0.66% berbanding yen kepada 149.75 selepas ahli Bank Pusat Jepun Hajime Takata mengatakan beliau merasakan kebolehcapaian sasaran inflasi 2% jika BoJ membuka jalan untuk meninggalkan kadar negatif.

Jika berterusan sentimen ini akan mendorong penurunan harian terbesar dolar berbanding yen pada tahun 2024.

Disisi lain Euro mengukuh 0.1% kepada $1.0847 dan kebanyakannya tidak berubah untuk bulan ini, begitu juga sterling pada $1.2670. Mata wang  mengukuh sedikit selepas data inflasi cepat kerajaan German menunjukkan indeks HPI bulanan lebih tinggi pada Februari daripada pada Januari.

Harga penggunaan Perancis meningkat 3.1% tahun ke tahun pada Februari, sedikit lebih banyak daripada yang dijangka pada harga tenaga yang lebih tinggi, sementara harga di Sepanyol meningkat 2.9%, seiring dengan jangkaan, data yang juga dikeluarkan pada hari Khamis menunjukkan.

Ukuran kegemaran Federal Reserve untuk inflasi AS bakal menjadi tumpuan yang akan dikeluarkan pada hari ini. Ramalan adalah  kenaikan sebanyak 0.4% dari bulan ke bulan.

“PCE deflator yang lebih kuat daripada yang dijangka boleh menyebabkan pasaran mengurangkan kebarangkalian untuk pengurangan kadar Mei lebih jauh, dalam masa yang sama mendorong pengukuhan US dolar AS,” kata Kristina Clifton, pakar strategi kewangan di Commonwealth Bank of Australia.

Dolar New Zealand khususnya cuba mengurangkan kerugian pada $0.6091, selepas merosot 1.2% berbanding US dolar sehari sebelumnya apabila bank pusat menetapkan kadar. Dolar Australia mengukuh 0.14% kepada $0.6504 pada hari Khamis untuk penurunan bulanan sebanyak 0.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat