USD Susut! Sentimen Pasaran Dah Pulih Ke?

505

Sentimen berisiko sedikit reda, di mana US dolar mengurangkan keuntungannya selepas mencapai paras ketinggian sejak awal April dan memacu kenaikan sederhana matawang utama.

Hasil bon perbendaharaan AS 10 tahun juga melonjak ketara dengan kembali ke tahap 1.3%, menandakan penurunan dalam permintaan terhadap safe-haven.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan pada 92.82 selepas susut dari paras ketinggian tiga setengah bulan 93.19 yang dicapainya pada hari Rabu.

Walaupun begitu, raja matawang itu kekal didagangkan kukuh berbanding pesaing utama yang masih lagi berlegar di tahap terendah.

Tumpuan utama pasaran pada hari ini ditumpukan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB), yang mana ia dijangka akan mengekalkan dasar monetarinya tidak berubah dan memperkenalkan pelaksanaan strategi baru bank pusat.

Matawang euro didagangkan di sekitar harga 1.1780 berbanding greenback, bangkit dari paras terendah tiga setengah bulan yang dicatatkan pada sesi sebelum ini.

Sementara itu, matawang pound juga kembali pulih dari paras terendah lima setengah bulan yang dicapainya pada Selasa, dengan kebimbangan terhadap peningkatan berterusan kes coronavirus terus membelenggu sentimen terhadap matawang itu.

Matawang Asia, dolar Aussie didagangkan stabil setelah jatuh ke paras terendah lapan bulan pada hari Rabu setelah separuh daripada penduduk Australia kini di bawah pelaksanaan sekatan coronavirus.

Dolar Kanada kembali meningkat setelah harga minyak mentah dunia memaparkan pemulihan susulan kejatuhan yang dicatatkan pada awal minggu, sekaligus membawanya didagangkan lebih tinggi berbanding USD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat