USD Tak Sambung Susut Di Awal Minggu, Pandangan Fed Barkin Jadi Perhatian

226

Prestasi US dolar dilihat baik apabila dagangan pada awal minggu semalam tidak meneruskan corak penyusutan yang berlaku pada minggu lalu.

Indeks dolar (DXY) telah kembali melantun semula selepas jatuh ke paras terendah 3 minggu menghampiri paras 104.50 mata. Sementara, hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) kekal berlegar di bawah paras 4.50%.

Pasaran telah memberi reaksi terhadap laporan data pekerjaan NFP AS pada minggu lepas yang menyaksikan keseluruhan komponen data untuk bulan April adalah merosot.

Ini menambahkan jangkaan terhadap langkah pelonggaran dasar iaitu pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk dilaksanakan.

Namun, pelabur kembali memberi tumpuan semula terhadap keputusan mesyuarat FOMC lalu yang bernada hawkish dengan pandangan terbaru oleh pegawai-pegawai Fed diteliti.

Presiden Fed Richmond, Thomas Barkin yang merupakan salah seorang ahli yang mengundi dalam FOMC memberi pandangannya berkenaan ekonomi pada Isnin semalam.

Beliau tidak melihat petanda yang menunjukkan bahawa inflasi sedang berada dalam landasan untuk menuju sasaran bank pusat.

Beliau lebih cenderung untuk mengekalkan kadar faedah yang tinggi. Pertumbuhan ekonomi masih baik, Fed kini perlu fokus terhadap pasaran pekerjaan.

Sementara Presiden Fed New York, John Williams pula mengekalkan jangkaan untuk Fed melaksanakan 2 kali pemotongan kadar tahun ini, namun tidak menyatakan waktu yang tetap.

Tumpuan hari ini (Selasa) akan terarah kepada mesyuarat polisi monetari Reserve Bank of Australia (RBA) pada jam 12.30 tengahari.

RBA dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 4.35% dan pasaran turut menjangkakan bank pusat mengekalkan nada hawkish untuk dasar monetari mereka susulan kenaikan pada bacaan inflasi terbaru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat